KOD ETIKA YANG DIAMALKAN OLEH SYARIKAT KFC
Kejayaan dan kemajuan syarikat ini sememangnya sudah
diketahui dengan penyediaan ayam goreng tepungnya dengan kesedapannya yang tiada
tandingan dan mempunyai rasanya yang tersendiri. Namun begitu kejayaan
perniagaan ini pada tahap ini dapat juga dikaitkan dengan adanya kod etika yang
diamalkan. Antara kod etika yang diamalkan oleh KFC ialah
kejujuran, ketepatan masa, kesamaan dan kebenaran dalam semua aspek
perniagaannya.
Kejujuran
:
Syarikat
ini menghendaki pekerjanya bertindak dengan niat yang baik, teliti, cekap,
mahir dan tekun pada setiap masa, dan tanpa memberikan sebarang gambaran yang
salah mengenai fakta-fakta material. Ini dapat dilihat dengan cara layanan yang
diamalkan oleh pekerja- pekerja terhadap pelanggan nya di dalam memberikan
perkhidamatan penyediaan makanan nya yang sangat dijaga demi kepentingan
perniagaan.
Ketepatan
masa:
Ketepatan
masa ialah melakukan sesuatu kerja dalam masa yang telah ditetapkan. Syarikat
ini mengamalkan konsep penyediaan makanan pada waktu pesanan di buat. Ini
memudahkan dan menjimatkan masa para pembeli kerana mereka tidak perlu menunggu
dengan masa yang lama .
Kesamaan
:
Kesamaan
dikatakan dicapai apabila mengiktiraf hak-hak semua ahli masyarakat dan
memperlihatkan prinsip keadilan berteraskan Perlembagaan Malaysia. KFC sememangnya
mengamalkan kod etika kesamaan kerana syarikat ini telah diiktiraf oleh JAKIM
kerana menyediakan makanan yang halal dan bersih. Ini menunjukkan syarikat ini
mementingkan kebersihan dan kualiti makanannya untuk orang ramai.
Kebenaran:
Kebenaran ialah membuat
dakwaan adil dan boleh dipertahankan, menggunakan perakuan yang bertauliah dan
berusaha untuk memberi khidmat kepada semua yang membeli dan menggunakan
keluaran dan perkhidmatan. Kebenaran bagi syarikat ini adalah mereka mempunyai
harga yang tetap untuk setiap francais nya. Ini menujukkan kebenaran yang
ditonjolkan oleh syarikat ini
Penambahbaikan kod dan etika dalam KFC
Kod dan etika KFC boleh ditambahbaikkan dengan pengawasan
di bahagian dapur dari aspek penjagaan kualiti makanan dan penjagaan
keselamatan dapur . Faktor ini adalah penting kerana mereka merupakan satu
perniagaan yang memberikan perkhidmatan kepada pelanggan. Kebersihan dan
penjagaan kualiti makanan adalah satu etika yang perlu dititikberatkan.
Seterusnya, etika di dalam memberi layanan. KFC perlu mementingkan kemahuan
pelanggannya. Layanan yang baik adalah sangat perlu memandangkan punca keuntungannya
adalah semata-mata daripada pelanggannya.
No comments:
Post a Comment