Saturday, 23 April 2016

Kod etika yang diamalkan oleh MYDIN

Pernigaan tempatan yang dipilih untuk tugasan satu ialah MYDIN.

Latar belakang MYDIN



       Aktiviti perniagaan MYDIN adalah fokus dalam bidang peruncitan dan pemborongan. Produk yang dijual dalam MYDIN terdiri daripada makanan, minuman, makanan jadi produk tenusu, fabrik produk produk pengguna, perkakasan, elektrik, alat tulis,  mainan dan sebagianya. Awalnya, tumpuan MYDIN sentiasa dalam sektor bukan makanan sehingga mereka membeli pasaraya pertama di Selayang pada tahun 1997 dan terus berkembang sehingga sekarang telah membuka melebihi 200 franchise di Malaysia.




Pengasas Mydin ialah Mydin Mohamed bin Ghulam Hussein dan kini Mydin sedang diterajui oleh anak Mydin Mohamed yang kedua iaitu Dato’  Ameer Ali Mydin.

Visi MYDIN

menjadi pengedar terkemuka dunia yang memberi perkhidmatan yang kompetitif dan Halal di Malaysia.

Misi MYDIN

Kami berhasrat untuk menjadi syarikat borong dan runcit yang terkemuka dengan menyediakan nilai terbaik, pelbagai jenis barangan dan kecemerlangan yang berterusan berasaskan formula perniagaan kami


KOD ETIKA YANG DIAMALKAN OLEH SYARIKAT MYDIN


       Banyak kod etika telah diamalkan oleh syarikat MYDIN supaya pernigaan MYDIN boleh dijalankan dengan lancar dan mencapai visi dan misi MYDIN. Hal ini boleh dilihat pada kualiti produk yang dijual dalam MYDIN kerana walaupun jualan produknya pada harga borong, namun MYDIN tetap bersungguh-sungguh memantau kualiti produk yang dijualkan dalam MYDIN. Contoh kod etika yang diamalkan oleh MYDIN ialah menekankan kejujuran, ketepatan masa, kesamaan dan kebenaran dalam semua aspek perniagaannya.

Kejujuran:

       Kejujuran ialah mendukung prinsip keadilan dan mengawasi tindak tunduk yang berniat dan berkeupayaan mengelirukan semua pelanggan.MYDIN menekankan kod etika kejujuran dalam operasinya. Hal ini dikatakan demikian kerana pembelotan pernah berlaku dalam operasi MYDIN dimana seorang supervisornya telah menggelap wang hasil jualan. Tindakan disiplin telah dilakukan dengan segera setelah terbukti kesalahan supervisor itu  dengan menamatkan perkhidmatan kakitangan tersebut. Pengurusan MYDIN boleh mema’afkan kesilapan kakitangan, tetapi tidak termasuk kesalahan yang melibatkan penipuan dan ketidakjujuran dalam operasinya.

Ketepatan masa:

       Ketepatan masa ialah melakukan sesuatu kerja dalam masa yang telah ditetapkan.
Pihak atasan MYDIN amat disiplin dan mementingkan ketepatan masa. Prinsip dalam MYDIN yang berkaitan dengan ketepatan masa ialah  ‘Jika anda tiba tepat pada masanya, anda adalah lewat!’. Prinsip ini diamalkan oleh semua kakitangan MYDIN termasuk setiap pekerjanya. Prinsip ini digunakan dalam semua tugasan yang diberikan supaya semua pekerja dapat menyelesaikan tuguasan dalam masa yang telah ditetapkan ataupun menyelesaikan tugasan sebelum tarikh penghantaran tugusan.

Kesamaan:

       Kesamaan dikatakan dicapai apabila mengiktiraf hak-hak semua ahli masyarakat dan memperlihatkan prinsip keadilan berteraskan Perlembagaan Malaysia. Kod etika ini dikatakan diamalkan dalam MYDIN kerana memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pekerja yang cemerlang tanpa diskriminasi atau tanpa pilih kasih. Untuk menaikan semangat atau membentuk keyakinan pekerja, MYDIN akan mempamerkan gambar pekerja yang terbaik dalam  bulan  tertentu dalam organisasi mereka. Setiap pekerja ada peluang untuk dipamerkan gambarnya sekiranya melakukan kerja dengan baik.

Kebenaran:

Kebenaran ialah membuat dakwaan adil dan boleh dipertahankan, menggunakan perakuan yang bertauliah dan berusaha untuk memberi khidmat kepada semua yang membeli dan menggunakan keluaran dan perkhidmatan. Pada tahun 2011, MYDIN telah mendapatkan “Halal Recognition Award”. MYDIN mementingkan status dan label halal produk yang dijual di cawangan MYDIN dengan menetapkan visi syarikat “untuk menjadi syarikat pengedar terkemuka di dunia bagi barangan dan perkhidmatan yang halal”. Ini menunjukkan bahawa MYDIN sangat prihatin dengan keutamaan penduduk di Malaysia yang didominasi oleh golongan Muslim



Penambahbaikan kod dan etika dalam MYDIN


       Kod dan etika MYDIN boleh ditambahbaikan dengan pengawasan dan pemantauan yang ketat. MYDIN hendaklah mempunyai badan pengawas yang bertanggungjawab dalam operasinya untuk memastikan semua kakitangan MYDIN akan mematuhi Kod Etika Perniagaan. Tindakan pembetulan yang sewajar juga perlu diambilkan dengan segera jika mendapati kesalahan kod etika. Pekerja yang melanggar kod etika perniagaan haruslah didenda sama ada dipecatkan atau dipotong gaji jika melanggarkan kod eika dengan kesalahan yang serius.

Kod dan etika MYDIN juga boleh ditambahbaikan jika mempunyai komitmen daripada pihak pengurusan atasan MYDIN. Pengurusan syarikat hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan Kod Etika Perniagaan dengan menjadi contoh teladan kepada pekerjadan seterusnya menggalakkan pekerja supaya mengamalkan prinsip etika yang terdapat di dalam Kod Etika Perniagaan.




No comments:

Post a Comment