Pernigaan
tempatan yang dipilih untuk tugasan satu ialah MYDIN.
Latar belakang MYDIN
Aktiviti perniagaan
MYDIN adalah fokus dalam bidang peruncitan dan pemborongan. Produk yang dijual
dalam MYDIN terdiri daripada makanan, minuman, makanan jadi produk tenusu, fabrik
produk produk pengguna, perkakasan, elektrik, alat tulis, mainan dan sebagianya. Awalnya, tumpuan MYDIN
sentiasa dalam sektor bukan makanan sehingga mereka membeli pasaraya pertama di
Selayang pada tahun 1997 dan terus berkembang sehingga sekarang telah membuka
melebihi 200 franchise di Malaysia.
Pengasas Mydin ialah Mydin Mohamed bin
Ghulam Hussein dan kini Mydin sedang diterajui oleh anak Mydin Mohamed yang
kedua iaitu Dato’ Ameer Ali Mydin.
Visi MYDIN
menjadi pengedar terkemuka dunia yang memberi perkhidmatan yang kompetitif
dan Halal di Malaysia.
Misi MYDIN
Kami berhasrat untuk menjadi syarikat borong dan runcit yang terkemuka
dengan menyediakan nilai terbaik, pelbagai jenis barangan dan kecemerlangan
yang berterusan berasaskan formula perniagaan kami
KOD ETIKA YANG DIAMALKAN OLEH
SYARIKAT MYDIN
Banyak kod etika telah
diamalkan oleh syarikat MYDIN supaya pernigaan MYDIN boleh dijalankan dengan
lancar dan mencapai visi dan misi MYDIN. Hal ini boleh dilihat pada kualiti
produk yang dijual dalam MYDIN kerana walaupun jualan produknya pada harga
borong, namun MYDIN tetap bersungguh-sungguh memantau kualiti produk yang
dijualkan dalam MYDIN. Contoh kod etika yang diamalkan oleh MYDIN ialah menekankan
kejujuran, ketepatan masa, kesamaan dan kebenaran dalam semua aspek
perniagaannya.
Kejujuran:
Kejujuran ialah mendukung prinsip
keadilan dan mengawasi tindak tunduk yang berniat dan berkeupayaan mengelirukan
semua pelanggan.MYDIN menekankan kod etika kejujuran dalam operasinya. Hal ini
dikatakan demikian kerana pembelotan pernah
berlaku dalam operasi MYDIN dimana seorang supervisornya telah menggelap wang hasil jualan.
Tindakan disiplin telah dilakukan dengan segera setelah terbukti kesalahan
supervisor itu dengan menamatkan perkhidmatan kakitangan tersebut.
Pengurusan MYDIN boleh mema’afkan kesilapan kakitangan, tetapi tidak termasuk kesalahan
yang melibatkan penipuan dan ketidakjujuran dalam operasinya.
Ketepatan masa:
Ketepatan masa ialah melakukan
sesuatu kerja dalam masa yang telah ditetapkan.
Pihak atasan MYDIN amat disiplin dan mementingkan ketepatan masa. Prinsip dalam
MYDIN yang berkaitan dengan ketepatan masa ialah ‘Jika anda tiba
tepat pada masanya, anda adalah lewat!’. Prinsip ini diamalkan oleh semua
kakitangan MYDIN termasuk setiap pekerjanya. Prinsip ini digunakan dalam semua
tugasan yang diberikan supaya semua pekerja dapat menyelesaikan tuguasan dalam
masa yang telah ditetapkan ataupun menyelesaikan tugasan sebelum tarikh penghantaran
tugusan.
Kesamaan:
Kesamaan dikatakan dicapai apabila mengiktiraf hak-hak semua ahli masyarakat dan
memperlihatkan prinsip keadilan berteraskan Perlembagaan Malaysia. Kod etika
ini dikatakan diamalkan dalam MYDIN kerana memberi penghargaan dan
pengiktirafan kepada semua pekerja yang cemerlang tanpa diskriminasi atau tanpa
pilih kasih. Untuk menaikan semangat atau membentuk
keyakinan pekerja, MYDIN akan mempamerkan gambar pekerja yang terbaik dalam bulan tertentu
dalam organisasi mereka. Setiap pekerja ada peluang untuk dipamerkan gambarnya
sekiranya melakukan kerja dengan baik.
Kebenaran:
Kebenaran ialah membuat dakwaan adil dan boleh dipertahankan, menggunakan
perakuan yang bertauliah dan berusaha untuk memberi khidmat kepada semua yang
membeli dan menggunakan keluaran dan perkhidmatan. Pada
tahun 2011, MYDIN telah mendapatkan “Halal Recognition Award”. MYDIN
mementingkan status dan label halal produk yang dijual di cawangan MYDIN dengan
menetapkan visi syarikat “untuk menjadi syarikat pengedar terkemuka di dunia
bagi barangan dan perkhidmatan yang halal”. Ini
menunjukkan bahawa MYDIN sangat prihatin dengan keutamaan penduduk di Malaysia
yang didominasi oleh golongan Muslim.
Penambahbaikan kod dan etika
dalam MYDIN
Kod dan etika MYDIN boleh ditambahbaikan
dengan pengawasan dan pemantauan yang ketat. MYDIN
hendaklah mempunyai badan pengawas yang bertanggungjawab dalam operasinya untuk
memastikan semua kakitangan MYDIN akan mematuhi Kod Etika Perniagaan. Tindakan
pembetulan yang sewajar juga perlu diambilkan dengan segera jika mendapati
kesalahan kod etika. Pekerja yang melanggar kod etika perniagaan haruslah
didenda sama ada dipecatkan atau dipotong gaji jika melanggarkan kod eika
dengan kesalahan yang serius.
Kod
dan etika MYDIN juga boleh ditambahbaikan jika mempunyai komitmen daripada pihak
pengurusan atasan MYDIN. Pengurusan syarikat hendaklah bertanggungjawab dalam
melaksanakan Kod Etika Perniagaan dengan menjadi contoh teladan kepada pekerjadan
seterusnya menggalakkan pekerja supaya mengamalkan prinsip etika yang terdapat
di dalam Kod Etika Perniagaan.