Wednesday, 25 May 2016

SADE 1013 ENTREPRENUERSHIP (UUM)

Hi, we are students from University Utara Malaysia. The purpose we create this blog is to complete our assignment for subject SADE1013 ENTREPRENUERSHIP. The topic of our assignment is regarding to code of ethics that applied in a multinational company and local company in Malaysia. The multinational company that we choose is Kentucky Fried Chicken (KFC) while local company is Mydin. In this blog, we will show you what is the code of ethics of KFC and Mydin. There are also some suggestion regarding to the improvements that those company should do.


Akhirnya,kami ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, DR LILY JULIENTI BINTI ABU BAKAR yang banyak memberi bantuan dengan tunjuk ajar serta bimbingan supaya kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
Show less

Saturday, 30 April 2016

Latar Belakang syarikat KFC




Pernigaan multinasional yang dipilih untuk tugasan satu ialah KFC.

Latar belakang KFC

KFC logo.svg

Kentucky Fried Chicken (KFC) yang mempunyai pusat operasi di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat merupakan bahagian Yum! Brands, Inc.. Diasaskan oleh Kolonel Harland Sanders, KFC terkenal kerana ayam gorengnya yang merupakan ketul ayam dalam campuran tepung gandum, garam, lada hitam, dan monosodium glutamat yang dimasak dengan minyak panas di dalam periuk tekanan.

Saluran keluar KFC yang pertama di dunia diasaskan pada tahun 1939 di Corbin, Kentucky. Pada tahun 1952, francais sulungnya kini digelarkan South Salt Lake, Utah oleh Harland Sanders dan Pete Harman. Sanders menjual keseluruh francais KFCnya pada tahun 1964 untuk AS$2 juta. Sejak waktu itu, francais ini telah dijual sebanyak tiga kali lagi. Pemilik yang terkini ialah Pepsico yang menjadikannya sebagai sebahagian Tricon Global Restaurants, yang kini digelarkan Yum! Brands, Inc.

KFC Malaysia dipegang oleh KFC Holdings Bhd., satu syarikat kepunyaan Kulim Berhad.

Kod etika yang diamalkan KFC

KOD ETIKA YANG DIAMALKAN OLEH SYARIKAT KFC


Kejayaan dan kemajuan syarikat ini sememangnya sudah diketahui dengan penyediaan ayam goreng tepungnya dengan kesedapannya yang tiada tandingan dan mempunyai rasanya yang tersendiri. Namun begitu kejayaan perniagaan ini pada tahap ini dapat juga dikaitkan dengan adanya kod etika yang diamalkan. Antara kod etika yang diamalkan oleh KFC ialah kejujuran, ketepatan masa, kesamaan dan kebenaran dalam semua aspek perniagaannya.

Kejujuran :
Syarikat ini menghendaki pekerjanya bertindak dengan niat yang baik, teliti, cekap, mahir dan tekun pada setiap masa, dan tanpa memberikan sebarang gambaran yang salah mengenai fakta-fakta material. Ini dapat dilihat dengan cara layanan yang diamalkan oleh pekerja- pekerja terhadap pelanggan nya di dalam memberikan perkhidamatan penyediaan makanan nya yang sangat dijaga demi kepentingan perniagaan.

Ketepatan masa:
Ketepatan masa ialah melakukan sesuatu kerja dalam masa yang telah ditetapkan. Syarikat ini mengamalkan konsep penyediaan makanan pada waktu pesanan di buat. Ini memudahkan dan menjimatkan masa para pembeli kerana mereka tidak perlu menunggu dengan masa yang lama .

Kesamaan :
Kesamaan dikatakan dicapai apabila mengiktiraf hak-hak semua ahli masyarakat dan memperlihatkan prinsip keadilan berteraskan Perlembagaan Malaysia. KFC sememangnya mengamalkan kod etika kesamaan kerana syarikat ini telah diiktiraf oleh JAKIM kerana menyediakan makanan yang halal dan bersih. Ini menunjukkan syarikat ini mementingkan kebersihan dan kualiti makanannya untuk orang ramai.


Kebenaran:
Kebenaran ialah membuat dakwaan adil dan boleh dipertahankan, menggunakan perakuan yang bertauliah dan berusaha untuk memberi khidmat kepada semua yang membeli dan menggunakan keluaran dan perkhidmatan. Kebenaran bagi syarikat ini adalah mereka mempunyai harga yang tetap untuk setiap francais nya. Ini menujukkan kebenaran yang ditonjolkan oleh syarikat ini


Penambahbaikan kod dan etika dalam KFC


Kod dan etika KFC boleh ditambahbaikkan dengan pengawasan di bahagian dapur dari aspek penjagaan kualiti makanan dan penjagaan keselamatan dapur . Faktor ini adalah penting kerana mereka merupakan satu perniagaan yang memberikan perkhidmatan kepada pelanggan. Kebersihan dan penjagaan kualiti makanan adalah satu etika yang perlu dititikberatkan.
Seterusnya, etika di dalam memberi layanan. KFC perlu mementingkan kemahuan pelanggannya. Layanan yang baik adalah sangat perlu memandangkan punca keuntungannya adalah semata-mata daripada pelanggannya. 

Saturday, 23 April 2016

Kod etika yang diamalkan oleh MYDIN

Pernigaan tempatan yang dipilih untuk tugasan satu ialah MYDIN.

Latar belakang MYDIN



       Aktiviti perniagaan MYDIN adalah fokus dalam bidang peruncitan dan pemborongan. Produk yang dijual dalam MYDIN terdiri daripada makanan, minuman, makanan jadi produk tenusu, fabrik produk produk pengguna, perkakasan, elektrik, alat tulis,  mainan dan sebagianya. Awalnya, tumpuan MYDIN sentiasa dalam sektor bukan makanan sehingga mereka membeli pasaraya pertama di Selayang pada tahun 1997 dan terus berkembang sehingga sekarang telah membuka melebihi 200 franchise di Malaysia.




Pengasas Mydin ialah Mydin Mohamed bin Ghulam Hussein dan kini Mydin sedang diterajui oleh anak Mydin Mohamed yang kedua iaitu Dato’  Ameer Ali Mydin.

Visi MYDIN

menjadi pengedar terkemuka dunia yang memberi perkhidmatan yang kompetitif dan Halal di Malaysia.

Misi MYDIN

Kami berhasrat untuk menjadi syarikat borong dan runcit yang terkemuka dengan menyediakan nilai terbaik, pelbagai jenis barangan dan kecemerlangan yang berterusan berasaskan formula perniagaan kami


KOD ETIKA YANG DIAMALKAN OLEH SYARIKAT MYDIN


       Banyak kod etika telah diamalkan oleh syarikat MYDIN supaya pernigaan MYDIN boleh dijalankan dengan lancar dan mencapai visi dan misi MYDIN. Hal ini boleh dilihat pada kualiti produk yang dijual dalam MYDIN kerana walaupun jualan produknya pada harga borong, namun MYDIN tetap bersungguh-sungguh memantau kualiti produk yang dijualkan dalam MYDIN. Contoh kod etika yang diamalkan oleh MYDIN ialah menekankan kejujuran, ketepatan masa, kesamaan dan kebenaran dalam semua aspek perniagaannya.

Kejujuran:

       Kejujuran ialah mendukung prinsip keadilan dan mengawasi tindak tunduk yang berniat dan berkeupayaan mengelirukan semua pelanggan.MYDIN menekankan kod etika kejujuran dalam operasinya. Hal ini dikatakan demikian kerana pembelotan pernah berlaku dalam operasi MYDIN dimana seorang supervisornya telah menggelap wang hasil jualan. Tindakan disiplin telah dilakukan dengan segera setelah terbukti kesalahan supervisor itu  dengan menamatkan perkhidmatan kakitangan tersebut. Pengurusan MYDIN boleh mema’afkan kesilapan kakitangan, tetapi tidak termasuk kesalahan yang melibatkan penipuan dan ketidakjujuran dalam operasinya.

Ketepatan masa:

       Ketepatan masa ialah melakukan sesuatu kerja dalam masa yang telah ditetapkan.
Pihak atasan MYDIN amat disiplin dan mementingkan ketepatan masa. Prinsip dalam MYDIN yang berkaitan dengan ketepatan masa ialah  ‘Jika anda tiba tepat pada masanya, anda adalah lewat!’. Prinsip ini diamalkan oleh semua kakitangan MYDIN termasuk setiap pekerjanya. Prinsip ini digunakan dalam semua tugasan yang diberikan supaya semua pekerja dapat menyelesaikan tuguasan dalam masa yang telah ditetapkan ataupun menyelesaikan tugasan sebelum tarikh penghantaran tugusan.

Kesamaan:

       Kesamaan dikatakan dicapai apabila mengiktiraf hak-hak semua ahli masyarakat dan memperlihatkan prinsip keadilan berteraskan Perlembagaan Malaysia. Kod etika ini dikatakan diamalkan dalam MYDIN kerana memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pekerja yang cemerlang tanpa diskriminasi atau tanpa pilih kasih. Untuk menaikan semangat atau membentuk keyakinan pekerja, MYDIN akan mempamerkan gambar pekerja yang terbaik dalam  bulan  tertentu dalam organisasi mereka. Setiap pekerja ada peluang untuk dipamerkan gambarnya sekiranya melakukan kerja dengan baik.

Kebenaran:

Kebenaran ialah membuat dakwaan adil dan boleh dipertahankan, menggunakan perakuan yang bertauliah dan berusaha untuk memberi khidmat kepada semua yang membeli dan menggunakan keluaran dan perkhidmatan. Pada tahun 2011, MYDIN telah mendapatkan “Halal Recognition Award”. MYDIN mementingkan status dan label halal produk yang dijual di cawangan MYDIN dengan menetapkan visi syarikat “untuk menjadi syarikat pengedar terkemuka di dunia bagi barangan dan perkhidmatan yang halal”. Ini menunjukkan bahawa MYDIN sangat prihatin dengan keutamaan penduduk di Malaysia yang didominasi oleh golongan Muslim



Penambahbaikan kod dan etika dalam MYDIN


       Kod dan etika MYDIN boleh ditambahbaikan dengan pengawasan dan pemantauan yang ketat. MYDIN hendaklah mempunyai badan pengawas yang bertanggungjawab dalam operasinya untuk memastikan semua kakitangan MYDIN akan mematuhi Kod Etika Perniagaan. Tindakan pembetulan yang sewajar juga perlu diambilkan dengan segera jika mendapati kesalahan kod etika. Pekerja yang melanggar kod etika perniagaan haruslah didenda sama ada dipecatkan atau dipotong gaji jika melanggarkan kod eika dengan kesalahan yang serius.

Kod dan etika MYDIN juga boleh ditambahbaikan jika mempunyai komitmen daripada pihak pengurusan atasan MYDIN. Pengurusan syarikat hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan Kod Etika Perniagaan dengan menjadi contoh teladan kepada pekerjadan seterusnya menggalakkan pekerja supaya mengamalkan prinsip etika yang terdapat di dalam Kod Etika Perniagaan.